Penyakit Gout!

Ada satu lagi jenis penyakit yang amat membimbangkan kita iaitu... 

 PENYAKIT GOUT!!



 Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


Tanda2 Gout:


1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Punca2 Gout: 

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari

2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram


3. Gemar makan buah-buahan jeruk


4. Gemar makan mee segera


5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa


6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.


7. Gemar dan kerap minum teh kedai


8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya


9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.


10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu


11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin


12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.


13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya


14. Terlalu kerap makan makan kari


15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.


16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma


17. Menonton bahan pornografi


18 Kerap mengambil ubat pain killer


19. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya


Komplikasi:

1.Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’

2.Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

3.Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain. Antaranya ialah:

~Kegemukan
~Darah tinggi
~Hiperlipidemia
~Diabetes

Pemakanan:
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

***ELAKKAN DAN KURANGKAN MAKAN
~Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak

~Ikan bilis, kembung, sardin

~Daging cincang

~Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging

~Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

~Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam

~Peanuts, lentil, beans and peas

~Poultry

~Roti jagung dan bijirin

Pencegahan:

~Rehatkan sendi semasa serangan gout.

~Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

~Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

~Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

~Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut..)

~Mengelakkan minuman keras

~Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi

~Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

~Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal

~Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout

~Minum banyak air

~Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan

~Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.


Oleh itu, adalah amat penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.



Post a Comment

0 Comments