About Mary Kay

Siapakah Mary Kay Ash?


"Tak kenal maka tak cinta". Mesti anda ingin ketahui siapa yang mewujudkan produk kecantikan Mary Kay ini yang sudah bertapak lama dalam dunia kecantikan dan pasaran lebih daripada 50 tahun. Mestilah beliau ialah Mary Kay Ash atau nama sebenarnya Mary Kathlyn Wagner, beliau dilahirkan di Hot Wells, Texas pada 12 May 1918. Beliau merupakan pengusaha kosmetik yang paling berjaya dalam abad ini dan merupakan pencetus dalam melahirkan usahawan wanita yang berjaya. 

Dengan hanya bermodalkan $5000 yang diperoleh daripada simpanannya sendiri dengan bantuan anaknya, Richard Rogers, beliau memulakan kerjayanya dengan menubuhkan syarikat yang diimpikannya itu pada Jumaat, 13 Sept. 1963 di Dallas,Texas ketika usia beliau, 45 tahun. Beliau membeli sebuah formula untuk 'body lotion' dan dengan usahanya sendiri, beliau mencipta produk kosmetiknya sendiri. Beliau memulakan perniagaannya dengan bantuan 9 orang pekerja. Mary Kay kerap memanggil pekerjanya itu sebagai 'perunding'. Beliau juga memberi peluang kepada pekerjanya untuk peroleh keuntungan daripada hasil yang mereka capai. Daripada 9 orang, kini lebih seramai 3 juta perunding kecantikan yang menyertai Mary Kay daripada pasaran 35 buah negara.



Beliau sering berpegang teguh dengan prinsipnya, "God first, Family second and Career third". Prinsipnya itu telah menjadikan syarikatnya itu telah berkembang dengan lebih pesat dan maju. Beliau juga sering menekankan prinsipnya itu kepada para pekerjanya itu. Prinsip itu dapat memotivasikan wanita lain untuk berjaya dengan titik peluh sendiri yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Bukan itu sahaja, The Golden Rule yang beliau sangat tekankan, iaitu dalam usaha membantu orang lain bergantung pada situasi atau masalah yang dihadapi dengan cara yang terbaik sebagaimana kita menolong diri kita sendiri untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, prinsip Go-Give juga menjadi keutamaan iaitu membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan. Tidak hairanlah syarikat Mary Kay ini menjadi salah sebuah syarikat yang terkemuka di dunia.

Pada tahun pertamanya menjalankan perniagaannya, beliau telah memperoleh hasil jualan hampir 1 juta buah produk. Bagaimana? Beliau menjualnya melalui beberapa pameran kosmetik dan lain-lain acara. Mary Kay Ash menggunakan strategi dalam perniagaannya dengan memberikan insentif kepada mereka untuk menggunakan produknya. 

Tambahan pula, Mary Kay Ash memberikan penghargaan kepada para perundingnya atas kejayaan dan prestasi yang sangat membanggakan dalam perniagaaanya. Apa penhargaannya? Pink Cardillac diberikan kepada "Top Sales Director" dan juga "Diamond Bee Pins" diberikan kepada perunding yang melakukan jualan yang sangat terbaik. 

Pink Cardillac
Sepanjang karier yang sangat menakjubkan itu, Mary Kay Ash menerima banyak penghargaan, antaranya :
  • "The 100 Companies To Work For in America" dalam Fortune Magazine
  • "Most Outstanding Woman In Business in the 20th Century" dari Lifetime Television (1999)
  • "Equal Justice Award" daripada Mahkamah Undang-undang di daerah Texas (2001)
  •  “Greatest Female Entrepreneur in American History” oleh Baylor University
  • "One of the 25 Most Influential Business Leaders of the Last 25 Years" oleh PBS dan The Wharton School of Business (2004)
  • 100 Greatest Women of 100 Years” oleh The YWCA of Metropolitan Dallas (2008)
Selain daripada kerjayanya sebagai pengusaha barang kosmetik, Mary Kay Ash juga menulis banyak buah buku, daripada autobiografinya sehingga genre motivasi kepada wanita dalam usaha sendiri untuk berjaya. Antaranya :
  • Biografi tentang Mary Kay Ash yang paling laris terjual sebanyak 1 juta unit.
  • "Mary Kay On People Management" yang bertemakan falsafah perniagaan. Telah menjadi rujukan Harvard University dalam bidang perniagaan.
  • "You Can Have It All" yang menjadi Best Seller apabila sejak kali pertama dilancarkan.
Akhirnya, Mary Kay Ash meninggal dunia pada 22 Nov. 2001 di Dallas, Texas. Jadi, pada saat itulah syarikat Mary Kay menjadi syarikat yang terkemuka dan tersohor, berkembang luas di seluruh dunia. Dan dari situlah menjadi titik tolak syarikat Mary Kay itu dalam memberi peluang kerjaya sama ada lelaki ataupun wanita dalam usaha memperoleh hasil yang sangat lumayan yang baik untuk diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat.
Mary Kay Headquarters in Dallas, Texas

Sumber :
  • https://www.marykay.com.my/en-my/about-mary-kay
  • http://www.eiyaabeauty.com/2014/01/sejarah-mary-kay-ashtak-kenal-maka-tak.htm

Post a Comment

0 Comments