Protect your heart!! please!!

Hari ni lepas dah 1 paper exam...yeay..tinggal 3 paper to go untuk exam kali ni :)

So, I take a rest for today and look for some informative INFO la....

Tiba-tiba, jumpa pula entry pasal artis yang terkena serangan jantung.... 

dan dia x dpt diselamat kan.. huhu

bila cek2, korek2 lagi pasal hal ini...rupanya ada beberapa lagi 

artis lain yang mengalami masalah yang sama... 



Jadi, topic kita pada kali ini ialah tentang 

kesihatan JANTUNG!!

Terdapat segelintir orang yang masih keliru apakah perbezaan di antara 

serangan sakit jantung dan serangan stroke

Ada pula yang ingat bahawa ia adalah dua istilah yang 

berbeza yang merujuk kepada perkara yang sama.

tetapi...Tidak sama sekali!!

Walaupun sakit jantung dan serangan stroke berpunca 

daripada faktor yang sama, iaitu 

kandungan kolesterol yang tinggi 

yang menyebabkan  

tekanan darah tinggi dan kesumbatan kapilari darah,

tetapi kedua-dua keadaan tersebut adalah berbeza.mari

kita tengok dengan lebih lanjut!!


===>Serangan Sakit Jantung





Serangan sakit jantung adalah keadaan di mana 

terdapat kerosakan pada otot jantung, ekoran daripada 

pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen 

dan nutrient kepada sel-sel jantung.

 Ia biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolesterol 

yang tertanggal daripada dinding saluran darah 

dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit 

yang akhirnya menyebabkan kesumbatan pengaliran darah.

Apabila sel-sel otot jantung kesuntukan bekalan makanan 

dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati 

dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan 

serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

Kebarangkalian risiko bertambah seiring dengan peningkatan umur.


Antara punca-punca atau tanda-tanda awal sakit jantung adalah:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kecacatan pada injap jantung
  • Masalah kapilari darah koronari
  • Kadar denyutan jantung yang tidak stabil
  • Kencing manis
  • Jangkitan otot jantung
  • Masalah kesihatan yang menjejas kelenjar-kelenjar hormon
Simptom-simptom Sakit Jantung:

  • Lesu & letih
  • Susah atau sesak nafas
  • Kesukaran untuk melakukan aktiviti fizikal
  • Saiz betis atau kaki yang bengkak (water retention)



===>Serangan Stroke



Bagi serangan stroke pula, ia merupakan satu keadaan di mana 

salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. 

Saluran darah yang membeku atau pecah akan 

menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak 

yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang 

mengawal fungsi badan tertentu.
 

Serangan stroke biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit 

sebelum serangan berlaku. 

INI YANG BAHAYA!! 
tiada rasa sakit...
 jadi tiada langkah berjaga-jaga!!

Ia berlaku secara tiba-tiba dan 

pesakit itu akan pengsan dan kemungkinkan besar menjadi 

lumpuh pada bahagian tertentu badan.

It happen to my grandfather masa saya masih kecil2 dlu... T_T 
He left me when I was 9 years old.. ~~MISS YOU TAKI!!~~
(taki: nama panggilan untuk 'datuk' for my bahasa ibunda)

 oleh itu saya menyeru orang ramai sekalian~~
terutama para pembaca yang dikasihi...
 
jagalah kesihatan kamu ya??
Ingatlah orang yang tersayang...dan...

sama2 lah kita saling mengingatkan antara satu dengan yang lain.

Mungkin dengan post ni, saya dapat selamatkan 1 nyawa...

tapi anda mungkin mampu menyelamatkan lebih dari itu...


JOM KITA RAMAI2 MENJADI LEBIH SIHAT!!

^_^


p/s: post kali ni banyak merah2 kn?? hehe. 
sebab ini hal penting..bukan main2 ya? ;)



Post a Comment

0 Comments