CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 15, 2013

Addicted online shopping.

Siapa yg langsung x pernah beli brg2 secara online? Ok.kalo x pernah,jangan sesekali mencuba kalo xda nnt boleh KETAGIH tau!hehe.itu dri pengalaman sy la.

Hm,sy mau share dgn pembaca semua.Ada web ni yg boleh swap,buy atau sell brg2 kta dlm masa yg sama.x kira sama apa preloved,iaitu brg yg pernah terpakai atau pun brand new. Jd,members boleh bertukar brg kalo berminat lah.just kena byr postage sj.hehe. :)

Wlu bagaimana pun, rambut sama hitam tp hati lain-lain kn?jd ada jg la yg sgt baik hati untk bg free gift, and on the other hand,the worst is ada yg sngup untk menipu org lain untk mendapatkan duit.huhu

Tp,web ni ada jg bt black list untk para penipu tu la.so,sblm bank in atau bt pembyran,cek dlu list tersebut.untk keselamatan la.jgn pula sudah terhantuk bru terngadah. :) ini untk peringatan untk semua org dgn jg dri sy sendiri.hehe

Selama sy berurusan dgn web ni,sy amat berpuas hati berurusan dgn gadis2 yg cntik dgn murah hati dlm tawar-menawar.hehe.thanks FF's member.

Btw,ni bungkusan2 yg sy ambil dulu.[padahal minta tlg wakil ambil kn jg.haha] This is what we call ADDICTED!!!!!!haha

Since the web suda closed on 1st July 2013, jd sy pun pun tengok balik gambar kenangan screen shot.chewah! (menahan sebak d dada)

p/s:thanks admin.tnpa admin yg d kasihi,xdala tercipta persahabatan yg sy dpt melalui FF.huhu.


Wednesday, June 5, 2013

shake recipe : chocolate + nenas

hai, how are you?hehe.kali ni sy mau share pasal shake recipe.
aritu sy ada lebihan nenas d icebox. n terlintas lah d fikiran mau try shake with nenas.
Mula2 pikir pelik juga lah...tapi kan shake boleh campur apa2 sj yang healthy.....jadi saya try saja lah~~~ hehe :)

fistly,ini sj la bahan2 dia.


then,potong nenas kecil2 dan masuk kn dlm blender. masuk kan 3 sudu shake formula 1perisa dutch chocolate dan air kosong maximum 400ml. kalo bnyk sgt air nnt x sedap la.hehe


lepas tu blend dia sampai nenas tu hancur.tuang di gelas.and,sudah sedia di hidang.hehe.
Oh ya...nenas ni dari Kota Belud tau...sangat2 manis...sedap!!



p/s: bt dgn air sejuk paling best.yummy!!
selamat mencuba... 

Atasi Masalah Rambut Gugur


Sememangnya normal untuk rambut anda gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari.Tetapi jika setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan rambut serta segenggam rambut terlekat di sikat setiap kali menyikat, sudah tiba masanya untuk anda mengenali masalah rambut gugur yang dialami. Informasi berikut mungkin boleh membantu anda mengurangkan helaian rambut gugur setiap hari.

*****Rambut gugur kerana hormon


MP900443404 Kenali Punca Masalah Rambut Gugur Anda  
Gambar: microsoft office picture

Hormon seks wanita merangsang pertumbuhan rambut yang tebal. Selain estrogen, setiap wanita turut meneghasilkan androgen dalam jumlah yang sedikit. Tetapi androgen boleh dihasilkan dengan aktif sekiranya seseorang wanita itu berada di dalam keadaan tertekan. Dan ia boleh menjadi faktor masalah keguguran rambut. Untuk kes yang serius, pakar perubatan akan memberikan pil anti-androgen.  Untuk anda yang suka dengan cara yang lebih semula jadi, anda hanya perlu lebihkan rehat untuk mengurangkan stres.

*****Rambut gugur kerana produk


hair dye Kenali Punca Masalah Rambut Gugur Anda 
Gambar: business2community.com


Sememangnya kita dilahirkan dengan rambut yang kuat. Tetapi masalah akan timbul sekiranya anda sering melunturkan warna rambut, kerap menggunakan produk penggaya rambut seperti melurus rambut atau mengeritingkan rambut. Ia mungkin tidak menyebabkan keguguran rambut dari akar tetapi akan menyebabkan rambut anda putus. Atasinya dengan menggunakan syampu yang betul, kurangkan mencuci serta hadkan penukaran warna dan stail rambut.
*****Rambut gugur kerana kurang vitamin

MP900448701 Kenali Punca Masalah Rambut Gugur Anda 
Gambar: microsoft office picture

Pemakanan yang seimbang sangatlah penting untuk kesuburan rambut anda. Fakta ini mungkin sudah biasa di dengar, tapi itulah kenyataannya. Rambut di dalam keadaan sempurna sekiranya anda mengamalkan makanan berkhaisat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Sekiranya sukar untuk anda patuhi arahan diet ini, ambillah makanan tambahan khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.

sumber


*****Apakah cara mengatasi masalah rambut gugur?

1. Elakkan diri dari tekanan berterusan. Kalau stress minum air kosong sbb ia mampu menghilangkan stress selain bagus untuk kesihatan
2. Amalkan cara hidup yang sihat
3. Amalkan pemakanan yang seimbang. Kesihatan rambut juga perlukan zat nutrisi secukupnya seperti protein, vitamin C, B-complex dan zinc. Bagi mereka yang sibuk, pengambilan supplement merupakan cara alternatif.
4. Lakukan penjagaan rambt yang rapi
    => gunakan shampoo yang sesuai dan "mild" supaya x menjejaskan akar rambut
    => amalkan penggunaan conditioner
    => pastikan sikat rambut kerap di cuci supaya akar rambut x rosak and x kena jangkitan kuman
    => Disarankan ganti sikat rambut 2-3 bulan sekali


Selain itu, anda boleh amalkan Herbal Aloe Moisturizing Shampoo dan  Herbal Aloe Moisturizing Conditioner untuk merawat dan menguatkan akar rambut dari luar. Bagi rawatan dari dalam pula anda boleh amalkan shake Formula 1. Terdapat 5 perisa yang boleh dipilih.


(sila click gambar untuk enlarge)

Shake Formula 1 Herbalife bukan sahaja boleh membantu membekalkan nutrisi yang mencukupi tetapi membantu ramai orang dalam menyelesaikan masalah kesihatan.

hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Atau boleh lawat page saya di facebook ==> Herbalife : Healthy life




Tuesday, June 4, 2013

Penyakit Gout!

Ada satu lagi jenis penyakit yang amat membimbangkan kita iaitu... 

 PENYAKIT GOUT!!



 Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


Tanda2 Gout:


1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Punca2 Gout: 

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari

2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram


3. Gemar makan buah-buahan jeruk


4. Gemar makan mee segera


5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa


6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.


7. Gemar dan kerap minum teh kedai


8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya


9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.


10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu


11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin


12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.


13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya


14. Terlalu kerap makan makan kari


15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.


16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma


17. Menonton bahan pornografi


18 Kerap mengambil ubat pain killer


19. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya


Komplikasi:

1.Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’

2.Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

3.Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain. Antaranya ialah:

~Kegemukan
~Darah tinggi
~Hiperlipidemia
~Diabetes

Pemakanan:
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

***ELAKKAN DAN KURANGKAN MAKAN
~Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak

~Ikan bilis, kembung, sardin

~Daging cincang

~Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging

~Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

~Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam

~Peanuts, lentil, beans and peas

~Poultry

~Roti jagung dan bijirin

Pencegahan:

~Rehatkan sendi semasa serangan gout.

~Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

~Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

~Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

~Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut..)

~Mengelakkan minuman keras

~Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi

~Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

~Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal

~Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout

~Minum banyak air

~Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan

~Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.


Oleh itu, adalah amat penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.



Protect your heart!! please!!

Hari ni lepas dah 1 paper exam...yeay..tinggal 3 paper to go untuk exam kali ni :)

So, I take a rest for today and look for some informative INFO la....

Tiba-tiba, jumpa pula entry pasal artis yang terkena serangan jantung.... 

dan dia x dpt diselamat kan.. huhu

bila cek2, korek2 lagi pasal hal ini...rupanya ada beberapa lagi 

artis lain yang mengalami masalah yang sama... 



Jadi, topic kita pada kali ini ialah tentang 

kesihatan JANTUNG!!

Terdapat segelintir orang yang masih keliru apakah perbezaan di antara 

serangan sakit jantung dan serangan stroke

Ada pula yang ingat bahawa ia adalah dua istilah yang 

berbeza yang merujuk kepada perkara yang sama.

tetapi...Tidak sama sekali!!

Walaupun sakit jantung dan serangan stroke berpunca 

daripada faktor yang sama, iaitu 

kandungan kolesterol yang tinggi 

yang menyebabkan  

tekanan darah tinggi dan kesumbatan kapilari darah,

tetapi kedua-dua keadaan tersebut adalah berbeza.mari

kita tengok dengan lebih lanjut!!


===>Serangan Sakit Jantung





Serangan sakit jantung adalah keadaan di mana 

terdapat kerosakan pada otot jantung, ekoran daripada 

pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen 

dan nutrient kepada sel-sel jantung.

 Ia biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolesterol 

yang tertanggal daripada dinding saluran darah 

dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit 

yang akhirnya menyebabkan kesumbatan pengaliran darah.

Apabila sel-sel otot jantung kesuntukan bekalan makanan 

dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati 

dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan 

serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

Kebarangkalian risiko bertambah seiring dengan peningkatan umur.


Antara punca-punca atau tanda-tanda awal sakit jantung adalah:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kecacatan pada injap jantung
  • Masalah kapilari darah koronari
  • Kadar denyutan jantung yang tidak stabil
  • Kencing manis
  • Jangkitan otot jantung
  • Masalah kesihatan yang menjejas kelenjar-kelenjar hormon
Simptom-simptom Sakit Jantung:

  • Lesu & letih
  • Susah atau sesak nafas
  • Kesukaran untuk melakukan aktiviti fizikal
  • Saiz betis atau kaki yang bengkak (water retention)



===>Serangan Stroke



Bagi serangan stroke pula, ia merupakan satu keadaan di mana 

salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. 

Saluran darah yang membeku atau pecah akan 

menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak 

yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang 

mengawal fungsi badan tertentu.
 

Serangan stroke biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit 

sebelum serangan berlaku. 

INI YANG BAHAYA!! 
tiada rasa sakit...
 jadi tiada langkah berjaga-jaga!!

Ia berlaku secara tiba-tiba dan 

pesakit itu akan pengsan dan kemungkinkan besar menjadi 

lumpuh pada bahagian tertentu badan.

It happen to my grandfather masa saya masih kecil2 dlu... T_T 
He left me when I was 9 years old.. ~~MISS YOU TAKI!!~~
(taki: nama panggilan untuk 'datuk' for my bahasa ibunda)

 oleh itu saya menyeru orang ramai sekalian~~
terutama para pembaca yang dikasihi...
 
jagalah kesihatan kamu ya??
Ingatlah orang yang tersayang...dan...

sama2 lah kita saling mengingatkan antara satu dengan yang lain.

Mungkin dengan post ni, saya dapat selamatkan 1 nyawa...

tapi anda mungkin mampu menyelamatkan lebih dari itu...


JOM KITA RAMAI2 MENJADI LEBIH SIHAT!!

^_^


p/s: post kali ni banyak merah2 kn?? hehe. 
sebab ini hal penting..bukan main2 ya? ;)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails